Kanak-kanak khas adalah gelaran yang diberikan kepada
kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat.
Istilah kanak-kanak cacat jarang digunakan pada masa kini berbanding pada masa
lampua disebabkan oleh faktor sensiti
Kanak-kanak
khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa
dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sesnsori, keupayaan komunikasi, tingkah
laku, sosial, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial ataupun ciri-ciri
fizikal. Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak
memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan
pendidikan khas bagi membolehkan berkembang pada kapasiti maksimum.
Menurut
Krik (1989), kanak -kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila
terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Ini diakibatkan dari
keadaan yang ada pada mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat menerima
pelajaran di dalam cara biasa ataupun meletakkan mereka jauh kehadapan dan
bosan dengan apa yang diajar oleh guru. Keadaan ini menunjukkan kanak-kanak
dengan IQ yang tinggi atau "Gifted" juga tergolong sebagai
kanak-kanak khas
Terdapat
pelbagai label dan istilah yang digunakan di dalam mengkategorikan kanak-kanak
dengan keperluan khas. Istilah yang digunakan dapat membantu dalam mengumpul
maklumat dan merancang bagi setiap kanak-kanak dengan keperluan khas. Antara
label ataupun istilah yang digunakan termasuklah masalah pendengaran, masalah
penglihatan, masalah pembelajaran, terencat akal, cacat anggota badan, cerebral
palsi, gangguan emosi, kurang upaya mental dan autistik serta perkembangan yang
lambat. (Wolfgang, 1992)
Keperluan pembelajaran bagi
kanak-kanak berkeperluan khas
Guru-guru
pendidikan khas perlu memastikan murid-murid mendapat manfaat daripada hubungan
dengan orang dewasa yang terlibat dengan mereka. Guru juga perlu yakin,
persekitaran bilik darjahyang diuruskan dapat mengembirakan murid-murid dan
tidak menghalang mereka. Tanpa dokumentasi yang jelas, terkini dan mudah
digunakan para guru tidak dapat menghasilkan kualiti murid yang baik.
Pengetahuan
tentang ciri-ciri keperluan khas kanak-kanak menentukan implikasinya terhadap
perkara-perkara seperti bentuk dan kandungan kurikulum bagi memaksimumkan
potensi pembelajaran kanak-kanak dan menjamin apa yang diajar adalah relevan
dengan keperluan kanak-kanak. Pengetahuan dan pemahaman serta kepakaran dalam
kemahiran yang perlu ada pada semua yang terlibat bagi memastikan setiap
aktiviti yang dijalankan memberikan kesan pada keperluan kanak-kanak. Ciri-ciri
persekitaran yang dibentuk dapat meminimakan kesan kecacatan terhadap
ketidakupayaan dan memberikan perkesitaran yang selamat, terjamin dan
memberangsangkan. Penggunaan sumber-sumber dan bantuan bagi menggalakkan
kanak-kanak ada kuasa autonomi terhadap pembelajaran mereka. Rangkaian kerja
dengan ibu bapa agensi sokongan dan organisasi sukarela diperlukan bagi memastikan
keperluan kanak-kanak secara holistik dapat dipenuhi.
No comments:
Post a Comment