Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan
pada hakikatnya ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita
secara lebih mendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku Azzman (1998),
terdapat 3 sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertamanya
ialah, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak
dapat dilakukan oleh manusia itu sendiri. Keduanya ialah kemampuan mengutip dan
menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh
komputer. Manakala yang ketiga ialah, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci
untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia terutama pada diri pelajar itu sendiri.
Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar
dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk
membantu guru mengajar sesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan
untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa di mana
penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat sebelum
kegunaan bagi merancang cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang
dapat membantu pembelajaran dan selepas kegunaanya pula dapat merancang
aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang
disertakan dengan alat bantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar
mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat
digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan
sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.
Kesan penggunaan
teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan
adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran
dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja
bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan dengan menggunakan
pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internet adalah sebagai
alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.
Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan
maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa
perlu menunggu masa yang lama.
Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam
sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima
sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu
murid-murid dalam memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses
pengajaram dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada
penggunaan alatan teknologi tersebut.
NI BENDE MEREPEK AH
ReplyDeleteTerbaik...
ReplyDeletekurang jelas dan susah untuk difahami
ReplyDeleteBaca lagi sekalilah, nanti baru faham
Deletemantap kali memang op la gang
ReplyDelete