Akta Pendidikan
khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984
Perakuan 169 Laporan
Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan
‘Deklarasi Universal Hak
Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh ‘
Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘ 1990 yang dibuat di Jomtien
Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.
Akta Pendidikan Khas
Akta pelajaran 1961 disemak
semula dan digantikan dengan akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai
Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa Menteri
hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah
perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang
difikirkan oleh menteri sesuai manfaat tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3)
menteri boleh melalui peraturan-perturan menetapkan:
Tempoh pendidikan rendah dan
menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan
khasKurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khasKategori
murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan
murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh
menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.
Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam
akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan
khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki membuka kelas jika ada
permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada
menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk
keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan khas
dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.
Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan
Akta Pendidikan 1996.
Pelaksanaan Pendidikan inklusif.
Pada
tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah
belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94
seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam
rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95
bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.
Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.
Bagi
memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan
kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan
pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar telah
dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik
dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan
pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan
vokasional. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan
bantuan kewangan.
Peluang Kerjaya dan Pendidikan.
Terlaksananya
akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak
peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan seseorang
pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatanya setelah tamat tempoh
percubaan.
Pembentukan Kurikulum Fleksibel.
Akta
Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak guru
mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian
dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan mereka
kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan menengah.
No comments:
Post a Comment