Bagi menggalakkan mereka
mempelajari huruf Braille, buku bacaan kanak-kanak dengan tulisan dan grafik
timbul dihasilkan menggunakan cetakan 3D oleh University of Colorado Boulder.
Flume Tub ialah konsep tab mesra OKU yang dicipta oleh Kim
Jung Su, Yoon Ji Soo dan Kim Dong Hwan. Ianya berjaya memenangi anugerah dalam
kategori konsep Red Dot baru-baru ini. Tab mandi Flume membenarkan warga OKU
berdikari bila mereka perlu mandi.
Golongan OKU hadir dalam pelbagai bentuk dan kekurangan
bentuk fizikal berbanding manusia normal. Pro Informis ialah sebuah badan amal
OKU yang berpengkalan di Switzerland. Bagi meningkatkan kesedaran tentang warga
OKU, manequin yang memaparkan rupa badan warga OKU dipamerkan di Zurich.
One
Hand Snap ialah sebuah kamera DSLR yang menggunakan sebelah tangan bagi
membantu golongan OKU yang ketiadaan sebelah tangan. Ianya direka oleh Xing
Dawei dan ianya memenangi anugerah Red Dot 2013.
Panasonic Resyone ialah katil merangkap kerusi ianya sebuah
katil yang boleh berubah menjadi kerusi roda dengan mudah oleh pesakit.
Squibble ialah konsep untuk
sebuah telefon bimbit untuk golongan cacat penglihatan. Permukaan telefon
bimbit ini boleh berubah dan membentuk huruf-huruf Braille yang mudah dibaca
oleh penggunanya. Ianya dilakukan dengan menggunakan ratusan aktuator kecil
pada bahagian belakang "skrin" yang naik dan turun mengikut tulisan
Braille yang hendak diperlihatkan. Kini golongan buta boleh menerima sms
daripada sesiapa sahaja dan membacanya sendiri tanpa bantuan orang lain. Konsep
ini dihasilkan oleh Andrew Mitchell dan ianya idea yang baik.
Kenguru ialah sebuah kendera mesra pengguna kerusi roda yang
dicipta di Hungary. Kenderaan elekrik ini dilengkapi pintu pada bahagian
belakang yang memudahkan akses keluar masuk pemandunya. Keseluruhan kawalan
kenderaan diletakkan pada stereng. Ia mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam
dan jarak pergerakan maksimum 60 kilometer sebelum bateri perlu dicas semula.
Permasalahan yang dialami oleh golongan OKU lumpuh ialah
keupayaan pergeraakan yang terhad apbila menggunakan kerusi roda. Tek Robotic Mobilisation Device ialah kerusi
roda elektrik yang cuba memberikan kebebasan dan keupayaan hampir normal kepada
golongan lumpuh. Kerusi roda ini membenarkan pengguna merubah posisi mereka
sama ada mahu posisi duduk atau berdiri. Tek Robotic Mobilisation Devide ialah sebuah ciptaan syarikat Turki.
Der Ziesel Sport Vehicle ialah kerusi roda tahan lasak yang
membolehkan golongan OKU lumpuh untuk
melakukan aksi lasak di atas salji. Kerusi roda ini dilengkapi motor elekrtik
24 kuasa kuda dan tayat berunut seperti sebuah kereta kebal. Ia mampu bergerak
pada kelajuan 37 kilometer sejam di kawasan bersalji. Setiap Der Ziesel Sport
Vehicle dijual pada harga Euro 23980 ( RM 102 000) sebuah.
Alternative Limb Project dimulakan oleh Sophie de Oliveira Barata, seorang graduan
seni ukir dan pernah bekerja sebagai pereka prop filem. Beliau menyedari
terdapat permintaan untuk anggota palsu yang lebih realistik dan artistik.
Sophie kini menghasilkan anggota palsu yang bolehlah diklasifikasikan sebagai
karya seni kerana setiap satu anggota palsu rekaan beliau memang unik dan
cantik.
No comments:
Post a Comment