Teknologi maklumat memainkan satu
peranan yang amat penting dalam kehidupan disamping membantu Malaysia
bergelar sebuah negara maju.Oleh itu pengajaran &
pembelajaran berteraskan komputer telah dikenal pasti sebagai satu bahan yang
dapat membantu guru dan pelajar terutama dalam Pendidikan khas secara
amnya.
Jaringan
teknologi yang luas sekarang tidak membataskan penggunaannya sama ada di
peringkat umur sama ada muda atau tua, guru atau pelajar mahupun pelajar2 yang
berkeperluan khas. Dengan adanya kemudahan ict pada hari ini mampu meningkatkan
lagi kefahaman dan penguasaan pelajar2 terhadap sesuatu pengajaran terutamanya
pelajar2 Pendidikan khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Maka, hal ini telah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
Disamping itu, ict dalam pendidikan khas juga mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri antaranya, ict ini dapat memberi peluang yang sama kepada semua pelajar khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu penetahuan mengikut keupayaan mereka
Selain itu,ict dalam
pendidikan khas juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar. Pelajar2 khas ini juga seperti kanak-kanak lain, menginginkan
sesuatu yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Maka, pembelajaran berbantukan
komputer amat sesuai dipraktikkan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Pembelajaran yang
menggunakan komputer juga memberi peluang kepada pelajar2 khas belajar secara
berkesan dengan bimbingan yang minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan
cepat dan ianya dapat dilakukan secara individu.
Contoh-contoh kepentingan ICT
dalam Pendidikan Khas
Meningkatkan motivasi murid
Membolehkan pembelajaran bersendirian (individualisme learning)
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan
Membolehkan murid mencuba atau melaksanakn eksperimen yang sukar ,terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

No comments:
Post a Comment