Friday, May 13, 2016

Kebaikan Teknologi Dalam Pendidikan

  Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itu sendiri. Keduanya ialah kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Manakala yang ketiga ialah, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia terutama pada diri pelajar itu sendiri.

  Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

  Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.

 Kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internet adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama.


  Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid dalam memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaram dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut. 

Kepentingan Teknologi Untuk Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

  Teknologi maklumat memainkan satu peranan yang amat penting dalam kehidupan disamping membantu Malaysia bergelar sebuah negara maju.Oleh itu pengajaran &  pembelajaran berteraskan komputer telah dikenal pasti sebagai satu bahan yang dapat membantu guru dan pelajar terutama dalam Pendidikan khas secara amnya.


   Jaringan teknologi yang luas sekarang tidak membataskan penggunaannya sama ada di peringkat umur sama ada muda atau tua, guru atau pelajar mahupun pelajar2 yang berkeperluan khas. Dengan adanya kemudahan ict pada hari ini mampu meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan pelajar2 terhadap sesuatu pengajaran terutamanya pelajar2 Pendidikan khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, hal ini telah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

    Disamping itu, ict dalam pendidikan khas juga mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri antaranya, ict ini dapat memberi peluang yang sama kepada semua pelajar khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu penetahuan mengikut keupayaan mereka 

  Selain itu,ict dalam pendidikan khas juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Pelajar2 khas ini juga seperti kanak-kanak lain, menginginkan sesuatu yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Maka, pembelajaran berbantukan komputer amat sesuai dipraktikkan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.

  Pembelajaran yang menggunakan komputer juga memberi peluang kepada pelajar2 khas belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan ianya dapat dilakukan secara individu.

Contoh-contoh kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas                           

Meningkatkan motivasi murid

Membolehkan pembelajaran bersendirian (individualisme learning)

 Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi

Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan

Membolehkan murid mencuba atau melaksanakn eksperimen yang sukar ,terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa

Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid

 Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

Akta Pendidikan Khas

Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984

Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan

‘Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh ‘ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘ 1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.

Akta Pendidikan Khas

  Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturan-perturan menetapkan:
Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khasKurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khasKategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.

  Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.

Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Pelaksanaan Pendidikan inklusif.

Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.

 Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.

  Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan.

Peluang Kerjaya dan Pendidikan.

  Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatanya setelah tamat tempoh percubaan.
Pembentukan Kurikulum Fleksibel.


  Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan mereka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan menengah.

Siapakah kanak-kanak khas

   Kanak-kanak khas adalah gelaran yang diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanak-kanak cacat. Istilah kanak-kanak cacat jarang digunakan pada masa kini berbanding pada masa lampua disebabkan oleh faktor sensiti
  Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sesnsori, keupayaan komunikasi, tingkah laku, sosial, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial ataupun ciri-ciri fizikal. Perbezaan-perbezaan ini adalah mencapai tahap yang mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkan berkembang pada kapasiti maksimum.
  Menurut Krik (1989), kanak -kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Ini diakibatkan dari keadaan yang ada pada mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran di dalam cara biasa ataupun meletakkan mereka jauh kehadapan dan bosan dengan apa yang diajar oleh guru. Keadaan ini menunjukkan kanak-kanak dengan IQ yang tinggi atau "Gifted" juga tergolong sebagai kanak-kanak khas

   Terdapat pelbagai label dan istilah yang digunakan di dalam mengkategorikan kanak-kanak dengan keperluan khas. Istilah yang digunakan dapat membantu dalam mengumpul maklumat dan merancang bagi setiap kanak-kanak dengan keperluan khas. Antara label ataupun istilah yang digunakan termasuklah masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah pembelajaran, terencat akal, cacat anggota badan, cerebral palsi, gangguan emosi, kurang upaya mental dan autistik serta perkembangan yang lambat. (Wolfgang, 1992)

Keperluan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas                              
                
   Guru-guru pendidikan khas perlu memastikan murid-murid mendapat manfaat daripada hubungan dengan orang dewasa yang terlibat dengan mereka. Guru juga perlu yakin, persekitaran bilik darjahyang diuruskan dapat mengembirakan murid-murid dan tidak menghalang mereka. Tanpa dokumentasi yang jelas, terkini dan mudah digunakan para guru tidak dapat menghasilkan kualiti murid yang baik.

  Pengetahuan tentang ciri-ciri keperluan khas kanak-kanak menentukan implikasinya terhadap perkara-perkara seperti bentuk dan kandungan kurikulum bagi memaksimumkan potensi pembelajaran kanak-kanak dan menjamin apa yang diajar adalah relevan dengan keperluan kanak-kanak. Pengetahuan dan pemahaman serta kepakaran dalam kemahiran yang perlu ada pada semua yang terlibat bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan memberikan kesan pada keperluan kanak-kanak. Ciri-ciri persekitaran yang dibentuk dapat meminimakan kesan kecacatan terhadap ketidakupayaan dan memberikan perkesitaran yang selamat, terjamin dan memberangsangkan. Penggunaan sumber-sumber dan bantuan bagi menggalakkan kanak-kanak ada kuasa autonomi terhadap pembelajaran mereka. Rangkaian kerja dengan ibu bapa agensi sokongan dan organisasi sukarela diperlukan bagi memastikan keperluan kanak-kanak secara holistik dapat dipenuhi.